KUALA LUMPUR, Malaysia -- 27 Ogos 2024 Samsung Malaysia Electronics (Samsung) telah melancarkan Program Galaxy Forever, satu inisiatif untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menaik taraf ke peranti Galaxy Z Series Samsung pada masa hadapan. Pelanggan yang telah membeli peranti Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6 mereka dan mendaftar untuk Program ini layak untuk menukar peranti sedia ada mereka dengan nilai sisa terjamin sehingga 50% untuk menaik taraf tahunan ke iterasi masa depan peranti Z Fold atau Z Flip.
Galaxy Forever adalah sebahagian daripada visi Samsung untuk memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk kekal di barisan hadapan tawaran teknologi AI dan mudah alih terkini Samsung. Mengambil langkah besar dalam merealisasikan visinya, Samsung telah bekerjasama dengan CIMB Bank Berhad untuk Program Galaxy Forever.
Program Galaxy Forever berlangsung dari 31 Julai 2024 hingga 31 Disember 2025, dengan tempoh pendaftaran berlangsung dari 31 Julai 2024 hingga 30 September 2024. Untuk menikmati manfaat ini, pelanggan perlu menjadi pemegang kad debit atau kredit CIMB. Pelanggan yang telah membeli peranti Galaxy Z Fold6 atau Z Flip6 mereka di kedai yang mengambil bahagian dan berjaya mendaftar untuk Program ini akan menerima pemberitahuan daripada Samsung mengenai kelayakan untuk menaik taraf seterusnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Galaxy Forever, sila klik pautan dibawah
Untuk membeli Galaxy Z Flip6 atau Galaxy Z Fold6, sila klik pautan dibawah:-
- PakChaq Riq
#Samsung #SamsungMalaysia #GalaxyZFold6 #GalaxyZFlip6 #MamuRiqReviews #PakChaqRiqReviews #PakChaqHabaqJa