Samsung Memperluaskan Circle to Search ke Siri Galaxy A dan Siri Galaxy Tab S9 FE

Dibina berdasarkan kerjasama Samsung-Google, Circle to Search membawa pengalaman carian yang lancar kepada lebih ramai pengguna Galaxy

SEOUL, Korea -- 14 Ogos, 2024 -- Samsung Electronics Co., Ltd.** hari ini mengumumkan ketersediaan Circle to Search dengan Google untuk siri Galaxy A terpilih, memperluaskan lagi pendemokrasian AI mudah alih kepada lebih banyak peranti dalam ekosistem Galaxy. Peningkatan ini menggariskan dedikasi berterusan Samsung dan Google untuk menyediakan teknologi mudah alih yang hebat kepada seramai mungkin pengguna. Selepas ketersediaan Circle to Search pada siri Galaxy A terpilih, pengalaman carian inovatif ini juga akan datang ke Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+, di mana paparan besar dan Galaxy S Pen membawa dimensi baru kepada penemuan.

Circle to Search telah menjadi kegemaran peminat sejak dilancarkan pada siri Galaxy S24, menawarkan pengalaman penemuan transformatif yang melampaui kaedah carian tradisional. Semasa ia diperluas ke lebih banyak peranti Galaxy, termasuk Galaxy Z Flip6 dan Z Fold6 terbaru, Circle to Search telah berkembang secara berterusan untuk meningkatkan kebolehgunaan dan intuisinya, termasuk menambah terjemahan halaman penuh, bantuan kerja rumah, dan keupayaan mengimbas kod QR dan bar kod. Kini, dengan Circle to Search pada siri Galaxy A dan siri Galaxy Tab S9 FE, kami membawa keupayaan untuk bertanya soalan yang lebih kompleks tentang apa yang anda lihat kepada lebih banyak barisan produk Samsung.

"Kemas kini ini membuka kemungkinan baru untuk siri Galaxy A dan siri Galaxy Tab S9 FE dan mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan teknologi terkini untuk lebih ramai pengguna Galaxy," kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan Pengalaman Mudah Alih di Samsung Electronics. "Kami berdedikasi untuk membawa teknologi AI yang hebat kepada khalayak yang lebih luas, memperkasakan pengguna dengan pilihan untuk bekerja dengan lebih cekap, mencipta dengan lebih bebas, dan menikmati interaksi yang lebih kaya dan peribadi dengan peranti mereka."

Circle to Search adalah cara baru untuk mencari apa sahaja menggunakan gerak isyarat mudah -- tanpa menukar aplikasi. Apabila Circle to Search diaktifkan, pengguna boleh memilih teks, imej atau video yang mereka ingin cari dengan hanya membulatkan, menyerlahkan atau mengetik di mana-mana pada skrin. Ciri ini --- hasil kerjasama mendalam dengan Google --- melambangkan komitmen jangka panjang syarikat terhadap keterbukaan dan kerjasama. Dengan hasil bertenaga AI yang menawarkan maklumat dan konteks yang kaya, Circle to Search meningkatkan pengalaman carian ke tahap kemudahan dan kegembiraan yang baru.

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy A, sila klik disini

Untuk maklumat lanjut tentang siri Galaxy Tab S9 FE, sila klik disini


-PakChaq Riq

#Samsung #samsungmalaysia #Galaxytabs9fe #mamuriqreviews #pakchaqreviews #pakchaqhabaqja 


Post a Comment

Previous Post Next Post