Samsung Electronics telah memperkenalkan Galaxy Tab S10 Ultra pada 27 September 2024.
Galaxy Tab S10 Ultra hadir dengan skrin besar yang dilengkapi teknologi Dynamic AMOLED 2X untuk pengalaman AI yang optimum. Tablet ini turut dipertingkatkan dengan cip pemproses yang lebih berkuasa. Berbanding pendahulunya, Galaxy Tab S9 Ultra, peranti baharu ini mencatatkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan - 18% bagi CPU, 28% bagi GPU dan 14% bagi NPU.
Pengalaman pengguna diperkayakan lagi dengan Dialogue Boost - satu ciri yang dikuasakan oleh AI yang mampu mempertingkatkan kejelasan suara berbanding bunyi latar yang tidak diingini dalam video - membolehkan pengguna menonton kandungan dengan audio yang lebih jernih dan jelas.
Samsung Newsroom telah meneroka bagaimana Dialogue Boost berfungsi dan membandingkan keputusan ujian penanda aras antara Galaxy Tab S10 Ultra dan Galaxy Tab S9 Ultra dalam video-video di bawah.
Perbandingan pemproses antara Galaxy Tab S10 Ultra dan Galaxy Tab S9 Ultra
Perbandingan Dialogue Boost ON dan OFF pada Galaxy Tab S10 Ultra
Anda boleh klik pautan Samsung Galaxy Tab S10 Series, untuk mem buat pebelian ada melalui portal rasmi Samsung.
- PakChaq Riq
#Samsung Electronics #SamsungMalaysiaElectronics #SamsungGalaxyTabS10Ultra #SamsungGalaxyTabS9Ultra #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa