Terokai Yang Belum Diterokai Bersama realme GT 7 Pro: Telefon Pintar Snapdragon 8 Elite Paling Berkuasa Akan Tiba Pada 18 November



realme, innovator teknologi global, bakal melancarkan realme GT 7 Pro, telefon pintar flagship paling berkuasa setakat ini, pada 18 November 2024, jam 6 petang, di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi pemproses Snapdragon 8 Elite (Snapdragon 8 Gen 4), peranti baharu ini meneroka prestasi, ciri-ciri AI dan keupayaan fotografi yang belum pernah diterokai sebelum ini.

Kemunculan semula siri GT Pro menandakan usaha realme untuk mengubah pasaran flagship tempatan. Peranti GT Pro sebelumnya, realme GT 2 Pro, telah dilancarkan pada Mac 2022.


Terokai Yang Belum Diterokai dengan Kuasa AI Flagship

Bertemakan 'Terokai Yang Belum Diterokai', realme menjemput rakyat Malaysia untuk melangkaui kebiasaan dan menyambut era baharu kemajuan teknologi. realme GT 7 Pro akan menampilkan lima inovasi pertama seumpamanya, termasuk pemproses Snapdragon 8 Elite.

Dikuasakan oleh teras CPU Oryon yang disesuaikan, Snapdragon 8 Elite yang baharu dilancarkan menduduki tangga teratas kedudukan SoC dengan skor penanda aras AnTuTu yang monumental melebihi 3 juta. Dengan dua teras utama berkelajuan 4.32GHz dan enam teras prestasi berkelajuan 3.53GHz, pemproses 3nm pertama Qualcomm Snapdragon ini adalah flagship berprestasi terbaik setakat ini, menawarkan peningkatan lebih 40% dalam prestasi CPU dan GPU berbanding Snapdragon 8 Gen 3.



Tambahan pula, realme GT 7 Pro dilengkapi skrin RealWorld Eco² OLED yang dibangunkan bersama Samsung yang menawarkan 120% gamut warna DCI-P3; bateri Silicon Anode terbesar di dunia dengan kombinasi jangka hayat bateri terbaik dalam industri; dan Kamera Ultra-jelas AI Snap yang hadir dengan kanta telefoto periskop dan mod fotografi dalam air pertama dalam industri, mampu mengambil gambar yang menakjubkan di bawah air.


Kuasa Tersembunyi dalam AI

Selain perkakasan yang luar biasa, realme GT 7 Pro menawarkan ciri-ciri AI inovatif seperti AI Sketch to Image, AI Motion Deblur, AI Gaming Super Resolution dan banyak lagi, mengukuhkan kedudukan realme sebagai kuasa tersembunyi dalam inovasi AI dan daya pengubah dalam pasaran telefon pintar premium.

AI Sketch to Image menukarkan lakaran tangan kasar kepada imej berkualiti tinggi dengan pelbagai gaya untuk dipilih oleh pengguna. Bersama dengan ciri-ciri AI yang lain, realme GT 7 Pro memperkasakan penggemar teknologi dan pencipta untuk meneroka sempadan baharu dalam produktiviti dan kreativiti.


Saksikan siaran langsung pelancaran realme GT 7 Pro di saluran [Facebook](https://www.facebook.com/realmeMalaysia) dan [YouTube](https://www.youtube.com/@realmeMalaysia).


- PakChaq Riq

#realme #realmeMalaysia #MakeitReal #realmeGT7Pro #QualcommSnapdragon8Elite #1stSnapdragonEliteDeviceinMalaysia #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa



Post a Comment

Previous Post Next Post