Kuala Lumpur, Malaysia, 30 Januari 2026 – Samsung Electronics mengumumkan pelancaran Galaxy A07 5G yang terbaru, menambah siri Galaxy A dengan telefon pintar berkuasa yang menawarkan pengalaman AI terbina dalam, ketahanan lebih baik, dan prestasi yang dipertingkatkan untuk pengguna di Malaysia.
Model terkini dalam barisan siri A ini hadir dengan kapasiti bateri yang lebih besar, pemproses 6 nm untuk pemuatan lebih pantas, serta ciri-ciri AI termasuk Gemini dan Circle to Search yang memberikan kemudahan melalui pengalaman mudah alih yang lebih lancar.
Hiburan Lebih Lama dengan Bateri Gergasi 6,000mAh
Galaxy A07 5G dilengkapi dengan bateri 6,000mAh yang memberi kuasa tahan lama untuk pengguna yang aktif. Dengan kapasiti bateri 120% lebih besar berbanding model sebelumnya, pengguna boleh terus berhubung sepanjang hari tanpa perlu risau tentang pengecasan kerap.
Strim filem dan rancangan TV atau nikmati kandungan kegemaran anda untuk waktu yang lebih lama, siang mahupun malam. Bateri berkapasiti tinggi ini membolehkan masa main balik video yang dipanjangkan, sesuai untuk mereka yang sering dalam perjalanan.
Pengalaman menonton yang mengasyikkan diperkaya dengan skrin 6.7 inci edge-to-edge yang digabungkan dengan kadar refresh 120Hz. Ini membolehkan peralihan yang lebih lancar dan tatal yang seamless supaya pengguna boleh benar-benar tenggelam dalam kandungan kegemaran mereka. Skrin juga dilengkapi dengan High Brightness Mode yang menyampaikan sehingga 800 nits, memastikan paparan kekal jelas dan terang walaupun di luar rumah di bawah cahaya matahari.
Prestasi Luar Biasa dan Kebolehpercayaan Tinggi
Abadikan detil penting dan kongsi momen istimewa dalam kehidupan dengan kamera dwi belakang 50MP wide dan 2MP depth yang mengagumkan. Menghasilkan foto yang tajam dan jelas, pemproses imej yang canggih mengimbangkan cahaya dan bayang untuk hasil yang jelas dalam pelbagai keadaan supaya anda tidak akan terlepas esensi setiap detil.
Dilengkapi dengan kamera depth, anda juga boleh menambah kesan bokeh semula jadi pada imej anda untuk foto yang lebih profesional. Bagi mereka yang gemar swafoto, kamera hadapan 8MP menangkap butiran halus dengan hingar minimum, memberikan visual dengan fokus tajam dan kejelasan yang dipertingkatkan untuk selfie yang memukau.
Untuk ketahanan harian dan pengembaraan luar, Galaxy A07 5G mempunyai rintangan habuk dan air IP54, menawarkan perlindungan yang boleh dipercayai daripada percikan tidak sengaja dan pendedahan kepada air. Ketahanan permukaan yang unggul, seperti Glass Fiber Reinforced Polymer untuk bahagian belakang juga memberikan perlindungan terhadap calar atau kerosakan. Mengimbangkan bentuk bergaya dan fungsi penting, Galaxy A07 5G adalah anggun dan halus pada ketebalan 8.2mm, dengan berat hanya 199 gram.
Pengalaman AI Teras yang Serba Boleh
Pada Galaxy A07 5G yang baharu, pengguna mendapat akses kepada Gemini dan Circle to Search, yang membawa tahap kecerdasan AI baharu kepada telefon pintar mereka. Gunakan kekunci sisi untuk mengaktifkan Gemini dengan mudah yang boleh membantu anda dengan tugasan kompleks merentas aplikasi Galaxy asli dan pihak ketiga, memastikan seluruh pengalaman peranti adalah lancar.
Anda juga boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan Gemini Live menggunakan pertuturan semula jadi untuk mendapatkan jawapan dan pandangan segera mengenai sebarang topik. Sementara itu, Circle to Search membolehkan pengguna mencari apa sahaja pada skrin dengan mudah - sama ada imej, muzik, atau teks - hanya dengan membuat bulatan pada item yang ingin dicari.
Pengalaman Galaxy Masa Depan yang Selamat
Galaxy A07 5G akan menerima enam generasi peningkatan Android OS, bersama dengan enam tahun kemas kini keselamatan. Ini memastikan peranti pengguna akan terus selamat dan dapat berfungsi dengan baik pada tahap terbaik untuk masa hadapan.
Dipasang dengan One UI 8.0, model baharu ini menawarkan kebolehgunaan yang lebih baik dan lebih banyak pilihan pemperibadian. Pengguna Galaxy A07 5G juga boleh merasa yakin dengan inovasi keselamatan dan privasi Samsung yang teguh. Galaxy A07 5G dilengkapi dengan Samsung Knox Vault yang menjaga maklumat peribadi sensitif lebih selamat dengan perkakasan khusus yang tahan gangguan.
Harga dan Ketersediaan
|
Model Terlibat |
RAM + Penstoran |
RRP (RM) |
RebatHarga Selepas Rebat | (RM) |
|
Galaxy A07 5G |
8+256GB |
RM
949 |
RM250 |
RM699 |
|
Galaxy A07 5G |
6+128GB |
RM699 |
N/A |
N/A |
Galaxy A07 5G baharu akan tersedia mulai 30 Januari 2026 dalam pelbagai varian warna menarik termasuk Light Green, Light Violet dan Light Black.
Untuk meraikan pelancaran di Malaysia, Samsung menawarkan promosi eksklusif untuk pembelian yang dibuat dari 30 Januari hingga 28 Februari merentasi Samsung Online Store, Samsung Experience Stores, peruncit yang dibenarkan dan platform e-dagang yang mengambil bahagian.
|
Model Terlibat |
Model MBO |
Harga Jualan Semasa (RM) |
Nilai Diskaun (RM) |
Harga Selepas Diskaun (RM) |
|
|
Buds Core |
199.00 |
19.90 |
179.10 |
Pelanggan yang membeli mana-mana model yang mengambil bahagian semasa Tempoh Promosi layak untuk membeli maksimum satu (1) unit model MBO yang disenaraikan pada harga diskaun dalam satu transaksi/resit.
Untuk membeli Galaxy A07 5G, sila klik pautan ini Samsung Galaxy A07 5G
- PakChaq Riq
#SamsungElectronics #SamsungMalaysiaElectronics #DoWhatYouCant #SamsungGalaxyA075G #SamsungGalaxyBudsCore #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa
