Pemenang Pingat Berkongsi Senyuman Kemenangan Mereka Dengan Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik dalam Swafoto Kemenangan Pertama Kali

 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Liz Akama dari Pasukan Jepun, pemenang pingat emas Coco Yoshizawa dari Pasukan Jepun dan pemenang pingat gangsa dan ahli Pasukan Samsung Galaxy Rayssa Leal dari Pasukan Brazil berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan luncur papan jalanan wanita. (Foto oleh Getty Images/Samsung)

Upacara penyampaian pingat Olimpik adalah salah satu momen paling emosi dan tidak dapat dilupakan bagi atlet apabila mereka merealisasikan impian seumur hidup. Walau bagaimanapun, acara ini secara tradisionalnya hanya dirakam oleh media yang diiktiraf --- diambil dari jarak jauh dan bukan dari kamera atlet sendiri.

Tidak lagi. Dalam semangat 'Sukan Terbuka Luas' di Paris 2024, Samsung membantu atlet mencipta dan berkongsi kenangan baru yang lebih peribadi tentang sambutan di atas podium dengan Swafoto Kemenangan yang dikuasakan oleh Galaxy.

Buat pertama kali dalam Sukan Olimpik, pemenang pingat di Paris 2024 telah mendokumentasikan upacara mereka dari perspektif mereka sendiri apabila mereka diberikan Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik di atas podium untuk mengambil Swafoto Kemenangan mereka selepas menerima pingat Olimpik mereka. Swafoto tersebut telah dimuat naik secara automatik dan tanpa wayar ke portal Athlete365 supaya atlet dapat berkongsi momen mereka pada tahap yang baharu sama sekali --- selaras dengan kepercayaan Samsung bahawa 'Keterbukaan sentiasa menang' dan bahawa keterbukaan mencipta perspektif baru dan kemungkinan yang tidak terhingga.

"Dapat berkongsi momen mencapai impian saya memenangi pingat dengan peminat, keluarga dan rakan-rakan di seluruh dunia --- melalui perspektif saya sendiri --- adalah luar biasa," kata ahli Pasukan Samsung Galaxy, Rayssa Leal (Luncur Papan, Brazil). "Ia bukan sahaja meningkatkan momen yang tidak akan saya lupakan tetapi juga meraikan semangat kekitaan di luar pertandingan apabila saya dan rakan-rakan pemenang pingat lain mengambil Swafoto Kemenangan bersama-sama di atas podium."

Samsung Newsroom memilih beberapa gambar terbaik daripada upacara penyampaian pingat Paris 2024 di bawah. Program Swafoto Kemenangan baharu ini akan berterusan sepanjang Sukan Olimpik Paris 2024.

[Keterangan gambar-gambar diterjemahkan]


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Jihyeon Keum dan Hajun Park dari Pasukan Republik Korea, pemenang pingat emas Yuting Huang dan Lihao Sheng dari Pasukan Republik Rakyat China dan pemenang pingat gangsa Alexandra Le dan Islam Satpayev dari Pasukan Kazakhstan berpose untuk Swafoto Kemenangan pertama kali selepas pertandingan menembak senapang udara 10m pasukan campuran. (Foto oleh Charles McQuillan / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Sarah Bacon dan Kassidy Cook dari Pasukan AS, pemenang pingat emas Yani Chang dan Yiwen Chen dari Pasukan Republik Rakyat China dan pemenang pingat gangsa Yasmin Harper dan Scarlett Mew Jensen dari Pasukan Great Britain berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka dengan Samsung Galaxy Z Flip6 Edisi Olimpik selepas pertandingan terjun papan anjal segerak 3m wanita. (Foto oleh Sarah Stier / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Anna Henderson dari Pasukan Great Britain, pemenang pingat emas Grace Brown dari Pasukan Australia dan pemenang pingat gangsa Chloe Dygert dari Pasukan AS berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan perlumbaan basikal jalan raya percubaan masa individu wanita. (Foto oleh Tim de Waele / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Filippo Ganna dari Pasukan Itali dan pemenang pingat emas Remco Evenepoel dan pemenang pingat gangsa Wout van Aert dari Pasukan Belgium berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan perlumbaan basikal jalan raya percubaan masa individu lelaki. (Foto oleh Jan Woitas / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Elijah Winnington dari Pasukan Australia, pemenang pingat emas Lukas Märtens dari Pasukan Jerman dan pemenang pingat gangsa Woomin Kim dari Pasukan Republik Korea berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan renang 400m gaya bebas lelaki. (Foto oleh Sarah Stier / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Fares Ferjani dari Pasukan Tunisia, pemenang pingat emas Sanguk Oh dari Pasukan Republik Korea dan pemenang pingat gangsa Luigi Samele dari Pasukan Itali berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan lawan pedang sabre individu lelaki. (Foto oleh Patrick Smith / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Baasankhuu Bavuudorj dari Pasukan Mongolia, pemenang pingat emas Natsumi Tsunoda dari Pasukan Jepun dan pemenang pingat gangsa Shirine Boukli dari Pasukan Perancis dan Tara Babulfath dari Pasukan Sweden berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan judo wanita -48 kg. (Foto oleh Patrick Smith / Getty Images)


 (Dari kiri) Pemenang pingat perak Yeji Kim dan pemenang pingat emas Ye Jin Oh dari Pasukan Republik Korea dan pemenang pingat gangsa Manu Bhaker dari Pasukan India berpose untuk Swafoto Kemenangan mereka selepas pertandingan menembak pistol udara 10m wanita. (Foto oleh Charles McQuillan / Getty Images)



Untuk pra-tempah Galaxy Z Flip6 terbaru, sila klik disini


- PakChaq Riq


#samsung #samsungmy #galaxyzflip6 #2024olympic #mamuriqreviews #pakchaqriqreviews #pakchaqhabaqja


Post a Comment

Previous Post Next Post