Kerjasama Mengujakan antara INFINIX & HOMEBOIS Bermula pada Playoff MAL S2


Infinix, jenama teknologi moden untuk pengguna muda, dengan bangganya mengumumkan penerusan kerjasama menariknya dengan Homebois pada Playoff Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Musim 2 (MAL S2). Upacara menandatangani perjanjian yang berlangsung hari ini di Dewan Tan Sri Ainuddin, UTM KL, menandakan permulaan kerjasama dinamik yang bertujuan untuk mentransformasi landskap esports Malaysia pada tahun 2025.


"Kerjasama kami dengan Homebois telah membantu mengukuhkan kehadiran kami dalam komuniti esports. Ketika kami bergerak ke 2025, kami sangat bersemangat untuk terus memupuk bakat esports Malaysia. Komitmen Infinix untuk memberikan teknologi berprestasi tinggi dan mampu dimiliki sejajar dengan memberkuasakan para gamer dan menggalakkan inovasi dalam permainan mudah alih. Infinix GT 20 Pro - dengan keupayaan cip kembar dan prestasi tahap esports - mencerminkan komitmen ini dengan menyampaikan ciri-ciri permainan profesional pada harga yang mampu dimiliki oleh semua," kata Wai Kiat Hong, Pengarah Pemasaran Infinix Malaysia.



Dalam detik bersejarah ini, Pengarah Pemasaran Infinix Malaysia, Wai Kiat Hong dan Pengasas Homebois, Nureddy Nursal (Daddyhood), secara rasmi menandatangani perjanjian kerjasama, mengesahkan semula misi bersama mereka untuk memacu pertumbuhan dan perkembangan esports di negara ini. Kerjasama yang bermula pada tahun 2023 telah membawa pelbagai inisiatif yang bertujuan untuk memberkuasakan para gamer dan mewujudkan peluang baharu dalam ekosistem esports. Dengan memperluaskan perkongsian mereka ke tahun 2025, Infinix dan Homebois berharap untuk seterusnya memajukan landskap esports Malaysia.


"Bekerjasama dengan Infinix sepanjang tahun lalu telah menjadi satu pengembaraan yang mengkagumkan, dan kami sangat gembira untuk membawa kerjasama ini ke satu tahap yang lebih tinggi lagi. Infinix berkongsi visi kami untuk memupuk bakat dan komuniti esports Malaysia. Dengan sokongan berterusan mereka, kami yakin tahun 2025 akan membawa pencapaian yang lebih besar lagi bagi Homebois dan ekosistem esports tempatan," kata Nureddy Nursal, Pengasas Homebois.



Eksklusif Penganjuran Perjumpaan Peminat & Pemberian Jersi Homebois

Menambah lagi keghairahan, peminat diberi peluang unik untuk bertemu pasukan Homebois secara langsung, membolehkan mereka berhubung dengan pemain kegemaran mereka, mengambil gambar, dan mengumpulkan tandatangan. Acara ini juga menampilkan *Pemberian Jersi Homebois*, di mana 50 peminat bertuah telah menerima jersi eksklusif yang ditandatangani oleh Daddyhood, seorang tokoh penting dalam komuniti Mobile Legends. Perjumpaan peminat ini menawarkan penggemar permainan video peluang yang jarang berlaku untuk berinteraksi dengan pasukan.


Aktiviti Gerai Menyeronokkan & Hadiah daripada Infinix di Playoff MAL S2

Sebagai sebahagian daripada kejohanan menarik ini, Infinix menjemput para tetamu untuk hadir ke gerai mereka dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam semasa Playoff MAL S2 selama empat hari. Tetamu boleh memulakan keseronokkan dengan aktiviti Snap, Share & Redeem Photo Booth, mengambil gambar untuk dimuatnaik di media sosial untuk peluang memenangi Mobile Legends Diamonds. Mereka juga boleh mencuba Cabaran Kotak Infinix Dare, menguji had mereka untuk peluang untuk menjenam roda hadiah dan menebus ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM 20,000.


Kekal berhubung untuk kemas kini terkini mengenai Infinix, melalui laman web rasmi Infinix, Facebook Infinix Malaysia, Instagram Infinix Malaysia dan saluran TikTok Infinix Malaysia.


- PakChaq Riq

#InfinixMobility #InfinixMobilityMalaysia #Homebois #MobileLegendsBangBang #MLBBMALS2  #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa

Post a Comment

Previous Post Next Post