Pemantauan Kesihatan Jantung Lebih Bijak: Samsung Perkenal Ciri Pemberitahuan Ritma Jantung Tak Teratur di Malaysia


Ciri baharu ditambah kepada pemantauan ECG dan Tekanan Darah sedia ada untuk membantu pengguna mengesan ritma jantung tak normal dan mendapat pemahaman lebih mendalam tentang kesihatan jantung


Samsung Electronics mengumumkan ketersediaan ciri Pemberitahuan Ritma Jantung Tak Teratur (IHRN) pada aplikasi Samsung Health Monitor di Malaysia bermula hari ini. Digabungkan dengan pemantauan Tekanan Darah dan Elektrokardiogram (ECG) sedia ada, ciri IHRN mengesan ritma jantung yang mencadangkan fibrilasi atrium (AFib), membantu pengguna Galaxy Watch memahami kesihatan jantung mereka dengan lebih menyeluruh.


Selain pemantauan ECG atas permintaan, ciri IHRN memeriksa ritma jantung tak teratur secara automatik dan memberi amaran kepada pengguna tentang kemungkinan aktiviti AFib. Bersama-sama dengan pemantauan Tekanan Darah dan Kadar Jantung sedia ada, pengguna boleh mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan kardiovaskular mereka.


Sejak pelancarannya pada tahun 2020, aplikasi Samsung Health Monitor telah berkembang ke 74 pasaran di seluruh dunia. Lebih 15 juta pengguna Galaxy Watch telah memantau tekanan darah dan ECG mereka terus dari pergelangan tangan, mendapat gambaran yang lebih baik tentang kesihatan jantung mereka dengan pemantauan dan rakaman tekanan darah dan ritma jantung secara berterusan.


"Penyakit kardiovaskular kekal sebagai salah satu punca utama kematian di seluruh dunia, dan kami komited untuk memperkasa pengguna kami untuk terus mendapat maklumat tentang kesihatan jantung mereka dengan menyediakan alat pemantauan, termasuk pengukuran tekanan darah dan pemberitahuan ritma jantung tak teratur," kata Hon Pak, Naib Presiden dan Ketua Pasukan Kesihatan Digital, Perniagaan MX di Samsung Electronics. "Kami sentiasa meneroka cara baharu untuk membantu pengguna Galaxy Watch mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka dengan mudah, siang dan malam."


Dapatkan Galaxy Watch Ultra dan Watch7 anda melalui promosi berikut yang berakhir pada 31 Disember 2024!


Model

Senarai Harga

Warna

Promosi

Galaxy Watch Ultra

RM 3,399

Titanium Gray

Titanium Silver

Titanium White

·   Percuma Adventure Pack bernilai RM407 (SmartTags2, Pengecas 15W  tanpa Kabel Pengecas, Wireless PowerBank)

·   RM200 Instant Trade-in Rebate

Galaxy Watch7 (Bluetooth, 44mm)

RM 1,299

Green

Silver

 

·   Percuma Galaxy SmartTag2 bernilai RM149

·   Rebat Segera Sehingga RM200

 

Galaxy Watch7 (Bluetooth, 40mm)

RM 1,199

Green

Cream


Klik pautan tersedia untuk membeli Galaxy Watch Ultra



Klik pautan tersedia untuk membeli Galaxy Watch7


- PakChaq Riq

#SamsungElectronics #SamsungElectronicsMalaysia #SamsungGalaxyWatchUltra #SamsungGalaxyWatch7 #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa

Post a Comment

Previous Post Next Post