Samsung Electronics Co. Ltd mengumumkan pelancaran koleksi aksesori mudah alih Y2K 4eva di rantau Asia Tenggara dan Oceania (SEAO), membawa gaya Y2K ke era moden. Mengambil inspirasi daripada trend tahun 2000-an, koleksi Y2K 4eva yang baharu ini menampilkan aksesori yang berani, ceria dan nostalgia yang direka khas untuk Galaxy Z Flip6 dan siri Galaxy Buds3, termasuk reka bentuk istimewa hasil kerjasama dengan Paul Frank dan MILO.
Berdasarkan kajian oleh GWI, budaya pop era Y2K telah mendapat sambutan semula sejak kebelakangan ini apabila generasi Millennials dan Generasi Z (Gen Z) merasa nostalgia terhadap media tahun 2000-an. Generasi ini menambah sentuhan tersendiri dengan menggabungkan unsur kitsch abad ke-21 dan retrofuturisme digital dalam kehidupan seharian mereka, seperti membeli-belah pakaian terpakai dan penggunaan kesan penapis filem untuk fotografi digital, yang telah menjadi trend dalam kalangan demografi ini.
Reka Bentuk Inovatif Bertemu Gaya Ikonik
Koleksi Y2K 4eva bukan sekadar aksesori, tetapi juga kapsul masa yang mengingatkan kita tentang tahun-tahun mudah dan menyeronokkan semasa zaman remaja, ketika hubungan kita dengan teknologi masih baharu, pada permulaan era internet yang ditandai dengan bunyi sambungan dial-up. Koleksi ini akan menampilkan reka bentuk Y2K 4eva Samsung yang asli yang berani, ceria, nostalgia, dengan motif disko, dan suasana kembali ke sekolah yang pasti akan disukai ramai.
Sebagai sebahagian daripada koleksi Y2K 4eva tahun ini, Samsung telah bekerjasama dengan Paul Frank untuk menampilkan reka bentuk yang diilhamkan dari Planned Pines, alam utopia yang mengingatkan kita tentang masa-masa yang menyeronokkan dan tanpa kerumitan sebelum memasuki alam dewasa, dihiasi dengan Julius the Monkey yang digemari ramai.
Samsung juga telah bekerjasama dengan MILO untuk mencipta sarung telefon dengan reka bentuk unik yang mengingatkan kita kepada minuman kegemaran semasa rehat dan keperluan asas generasi. Bagi ramai orang, cinta terhadap MILO sering bermula sejak kecil -- minuman malt koko ikonik untuk sarapan pagi sekolah, atau minuman bertenaga semasa hari sukan dan waktu rehat. Kerjasama ini meraikan kegembiraan abadi yang dibawa oleh MILO, menghubungkan dengan peminat yang membesar bersama MILO.
Aksesori dalam koleksi *Y2K 4eva* termasuk sarung telefon dengan kertas dinding skrin hadapan beranimasi untuk Galaxy Z Flip6, sarung Buds untuk siri Galaxy Buds3, Griptok, dan lembaran pelekat.
"Pergerakan Y2K semakin popular dalam kalangan Millennials dan Gen Z hari ini. Di Samsung, kami teruja untuk membawa sentuhan baharu yang segar dan ceria kepada peranti Galaxy terkini kami melalui pergerakan ini dengan memberi kuasa kepada peminat dan pengguna kami untuk meneroka gaya yang sesuai dengan identiti dan kesukaan mereka," kata ChonHong Ng, Naib Presiden, Ketua Pemasaran Serantau, Samsung Electronics Asia Tenggara dan Oceania.
Promosi Eksklusif di Malaysia
Dari 30 November 2024 hingga 15 Disember 2024, sertai Samsung Live Space untuk mempelajari tentang Galaxy AI, di mana peserta yang layak akan menerima pek hadiah untuk memulakan perjalanan mereka! Lawati laman rasmi Samsung Live Space untuk mengetahui di mana dan bila bengkel seterusnya akan diadakan.
Dari 23 November 2024 hingga 31 Disember 2024, pelanggan yang membeli Galaxy Z Flip6 di Samsung Experience Store terpilih di The Exchange TRX, Pavillion Bukit Bintang dan The Gardens, akan menerima sarung Galaxy Z Flip6 percuma! Pelanggan juga layak menerima satu unit Buds Case percuma dengan pembelian Galaxy Buds3 atau Buds3 Pro di lokasi yang sama.
Ahli Samsung Members juga boleh menyertai cabaran teka-teki silang kata Y2K 4eva dari 25 November 2024 hingga 13 Disember 2024 untuk berpeluang memenangi aksesori Y2K 4eva dan kertas dinding Y2K eksklusif. Dua puluh lima (25) peserta pertama yang menjawab dengan betul akan memenangi sarung Galaxy Z Flip6 siri Y2K 4eva!
- PakChaq Riq
#SamsungElectronics #SamsungMalaysiaElectronics #GalaxyZFlip6 #GalaxyBuds3 #GalaxyBuds3Pro #PaulFrank #NestleMilo #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa