Selama lebih sedekad, pengguna di seluruh dunia telah meningkatkan produktiviti dan kreativiti mereka dengan telefon pintar Galaxy. Siri Galaxy S Ultra, yang dibina atas warisan inovasi siri Galaxy Note, kini telah menjadi sinonim dengan kreativiti tanpa batas dan dicintai oleh ribuan peminat Galaxy.
Dengan kuasa yang mengagumkan, skrin yang luas dan S Pen yang ikonik, Galaxy S Ultra terkenal kerana membantu pengguna mengikuti inspirasi mereka atau merakam idea pada bila-bila masa, di mana sahaja -- walaupun tanpa membuka kunci telefon dan mencari aplikasi untuk mencatat nota.
Era Baharu Kreativiti
Tahun lalu, Samsung Electronics memperkenalkan Galaxy AI, membawa era baharu dalam pengalaman mudah alih. Teknologi revolusioner ini telah membantu siri Galaxy S Ultra berkembang menjadi alat yang lebih penting untuk memaksimumkan kebebasan kreatif. Dan kini, kreativiti anda akan mencapai tahap yang lebih tinggi.
Ciri Sketch to Image, yang kini disepadukan ke dalam Drawing Assist, sedang berkembang. Ia bukan sahaja menggunakan input tunggal seperti melukis dengan S Pen atau jari, tetapi kini menjadi pengalaman multimodal. Pengguna kini boleh meniupkan kehidupan ke dalam idea mereka dengan melukis, menggambarkan imej yang mereka inginkan dengan teks atau menggunakan arahan suara untuk memberitahu telefon pintar Galaxy mereka apa yang hendak dilukis. Jika ia boleh dibayangkan, Galaxy AI boleh mewujudkannya.
Bayangkan anda ingin membiarkan imaginasi anda melayang bebas. Dengan keupayaan multimodal Galaxy AI, anda boleh melukis kucing menggunakan S Pen dan kemudian, menaip "sut angkasa" untuk memakaikan sut angkasa pada kucing tersebut dan menghantar ia ke angkasa lepas. Atau bayangkan rumah idaman anda. Menggunakan S Pen, anda membuat lukisan ringkas fasad. Tetapi mungkin anda tidak pasti di mana anda mahu rumah idaman itu berada. Hanya taip beberapa lokasi yang mungkin, seperti "di tepi pantai" atau "di atas gunung" dan Drawing Assist akan membantu anda melihat rumah masa depan anda dalam perspektif baharu.
Warisan Inovasi
Tahap kebebasan kreatif ini dibina atas warisan inovasi yang bermula pada tahun 2011, apabila kami memperkenalkan Galaxy Note untuk mentakrifkan semula apa yang mungkin secara kreatif pada telefon pintar. Kuasa dan semangat inovasi itu terus hidup melalui siri Galaxy S Ultra, dan ia terus berkembang dengan Galaxy AI.
Dengan One UI 7, platform AI bersepadu pertama Samsung, telefon pintar Galaxy akan menjadi rakan AI sebenar yang memahami bahasa natural melalui teks, pertuturan, dan imej. Ia akan menetapkan standard baharu AI mudah alih multimodal untuk kreativiti yang belum pernah terjadi sebelum ini.
Sertai Galaxy Unpacked dan Berpeluang Memenangi Hadiah!
Sertai kami semasa kami mendedahkan bab baharu dalam AI mudah alih -- inovasi Galaxy premium yang membawa kemudahan lancar ke dalam setiap momen kehidupan anda. Acara ini akan disiarkan secara langsung di Laman Web Rasmi Samsung Malaysia, Newsroom, YouTube, Instagram, Facebook dan LinkedIn pada 23 Januari 2025, jam 2 pagi waktu Malaysia.
Daftar minat anda untuk Peranti Galaxy Seterusnya dan jawab empat soalan kaji selidik sebelum 22 Januari 2025 untuk mendapat baucar-e bernilai RM200 untuk Peranti Galaxy Seterusnya! Peserta yang layak juga berpeluang memenangi hadiah! Daftar minat anda di Samsung Malaysia dan nantikan pengalaman Unpacked seterusnya!
*Tertakluk kepada terma dan syarat.
- PakChaq Riq
#SamsungElectronics #SamsungMalaysiaElectronics #GalaxyUnpacked2025 #GalaxyAI #DoWhatYouCant #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa