KUALA LUMPUR, 14 Mei 2025 - Infinix, jenama teknologi yang popular di kalangan pengguna muda, bersedia untuk membuat kejutan besar dengan pelancaran global telefon pintar gaming terbaharu mereka, Infinix GT 30 Pro, yang akan dilancarkan pertama kali di Malaysia pada hari Rabu, 21 Mei 2025. Direka khas untuk membantu peminat gaming "Carry Like A Pro", GT 30 Pro menandakan babak baharu untuk siri GT Infinix dengan menolak had permainan mudah alih melalui ciri-ciri gred kompetitif dan gaya yang tersendiri.
Infinix Terus Menyokong Esports Malaysia
Infinix kekal setia dengan komitmen mereka untuk terus memperkasa dan memupuk senario esports Malaysia yang berkembang pesat sebagai rakan kongsi gaming rasmi untuk musim ke-15 dan ke-16 Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia. GT 30 Pro merupakan penjelmaan sebenar dorongan jenama untuk penambahbaikan dan inovasi yang tidak henti-henti - dicipta untuk pemain yang menuntut responsif maksimum, prestasi yang konsisten, dan kelebihan untuk mendominasi dalam arena kasual mahupun profesional.
Spesifikasi Teknikal Yang Mengagumkan
Sistem All Day Full FPS
GT 30 Pro menampilkan Sistem All Day Full FPS yang memastikan gameplay yang stabil dan berprestasi tinggi sepanjang pertempuran yang paling sengit. Peranti ini dikuasakan oleh cip canggih MediaTek Dimensity 8350 5G Premium Gaming Chipset, yang membuka kunci kepada kelajuan ultra-pantas, pengurangan kelewatan, dan kecekapan kuasa pintar untuk gameplay yang dipanjangkan - memastikan pemain sentiasa bersedia untuk menghancurkan setiap pusingan.
Paparan AMOLED 1.5K 144Hz Yang Menakjubkan
GT 30 Pro juga menampilkan paparan AMOLED 1.5K 144Hz yang memukau, menawarkan visual yang lebih tajam dan detail yang lebih kaya berbanding skrin 1080p standard. Dengan kadar refresh yang ultra-lancar dan kejelasan yang dipertingkatkan, paparan GT 30 Pro juga dioptimumkan untuk keselesaan mata sepanjang hari, membolehkan gameplay yang lebih lama tanpa keletihan visual.
RGB Mechanical Light Waves
Untuk memperkuatkan penampilan dan rasa yang tersendiri, GT 30 Pro dilengkapi dengan RGB Mechanical Light Waves, membawa gaya dinamik yang sepadan dengan prestasinya yang berkuasa - mengubah GT 30 Pro daripada sebuah telefon pintar gaming kepada gabungan yang menarik perhatian antara bentuk dan fungsi.
Pelancaran Rasmi dan Maklumat Lanjut
Untuk menyaksikan pelancaran Infinix GT 30 Pro yang akan datang, saksikan siaran langsung di laman Facebook rasmi Infinix Malaysia dan TikTok @infinixmy pada hari Rabu, 21 Mei 2025 jam 3:00 petang.