Kuala Lumpur, Malaysia, 5 Ogos 2025 – Menjelang ulang tahunnya yang ke-7, realme dengan bangganya mengumumkan kejayaan besar – melebihi 300 juta pengguna global, disahkan oleh Counterpoint. Selepas mencapai 100 juta pengguna pada tahun 2021 dan 200 juta pada tahun 2023, realme terus menghidupkan semangat “Make it real.” dan mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang.
Inovasi Berpusatkan Anak Muda
Sejak dilancarkan pada 2018, realme meletakkan golongan muda sebagai fokus utama, dengan misi untuk menjadi peneraju teknologi popular di kalangan generasi muda.
realme sentiasa melangkaui jangkaan dengan memperkenalkan teknologi terkini yang meningkatkan pengalaman pengguna dalam gaming, fotografi, aktiviti luar, dan minat anak muda lain. Barisan produknya merangkumi pelbagai bajet dan gaya hidup – daripada siri flagship GT, siri pertengahan Number Series, hinggalah ke siri bajet C Series – semuanya menampilkan prestasi mantap dan rekaan bergaya yang mudah diakses.
realme Tahu Cara 'Main'
Bukan sekadar perkakasan, realme juga membina identiti yang kuat dalam budaya anak muda. realme komited untuk menjadi jenama telefon paling “cool”.
Mereka aktif bekerjasama dengan jenama global popular seperti Lonely Planet (travel & lifestyle), Dragon Ball & Naruto (anime), FreeFire (esukan), dan Aston Martin F1 Aramco Racing Team (automotif mewah), menjadikan realme lebih daripada sekadar teknologi – ia satu gaya hidup.
Di luar kolaborasi ini, realme juga membina komuniti global yang aktif dengan lebih 15 juta peminat. Mereka menganjurkan pelbagai acara dan aktiviti untuk mengeratkan hubungan dengan komuniti ini. Setiap tahun pada 28 Ogos, realme menyambut ulang tahun dengan 828 Global Fan Festival. Tahun ini, realme Malaysia akan memanjakan peminat dengan pelbagai aktiviti luar talian dan kempen jualan menarik.
---
#realmeMalaysia #MakeItReal #realme828 #realmeFans #300JutaPengguna #GenZTech #TelefonPalingCool