POCO perkenalkan POCO M7, telefon pintar terbaru dengan gabungan hiburan, prestasi dipertingkat & rekaan futuristik khas untuk generasi muda.
🔋 Bateri 7000mAh + Teknologi Silikon-Karbon
POCO M7 mampu bertahan sehingga 2 hari penggunaan. Tengok video sampai 28 jam, atau buat panggilan sehingga 46 jam tanpa henti. Dengan cip BatteryExtender, telefon ini lebih pintar kawal penggunaan tenaga walaupun dalam suhu sejuk. Menariknya, dengan baki bateri 1% sahaja, masih boleh buat panggilan selama 64 minit!
Selain itu, ada 33W Fast Charging dan 18W Reverse Charging untuk cas peranti lain bila kecemasan.
🎬 Skrin Besar 6.9” FHD+ dengan 144Hz AdaptiveSync
Pertama kali dalam siri M, POCO M7 bawa skrin 6.9 inci FHD+ yang luas, sesuai untuk hiburan & gaming. Dengan kadar segar semula 144Hz, pengalaman visual jadi lebih lancar. Telefon ini juga dilengkapi perlindungan mata dengan pensijilan TÜV Rheinland, serta bunyi lebih jelas dengan Hi-Res Audio + booster audio 200%.
⚡ Prestasi Dipertingkat
Dikuasakan cip Snapdragon® 685 bersama sistem operasi Xiaomi HyperOS, POCO M7 juga hadir dengan Google Gemini AI Assistant dan Circle to Search. Telefon ini menyokong sehingga 16GB RAM (expand) dan storan sehingga 2TB, jadi sesuai untuk simpan segala foto, video dan fail penting.
📸 Kamera 50MP Dual Camera + 8MP Selfie
Rakaman jadi lebih jelas dengan kamera 50MP, ditambah mod Auto Night & Dynamic Shots. Untuk selfie pula, kamera 8MP dengan Beauty Mode sedia bantu hasilkan gambar lebih cantik.
✨ Rekaan Futuristik & Tahan Lasak
Datang dengan tiga pilihan warna – Silver, Blue, Black, dan mempunyai tahap perlindungan IP64 kalis air & debu.
💰 Harga di Malaysia:
6GB + 128GB → RM499 (Promo RM469)
8GB + 256GB → RM599 (Promo RM559)
📦 Boleh dapatkan sekarang di mi.com, Shopee & Lazada.
🔥 POCO M7 = Bateri besar, skrin besar, pengalaman lebih seronok – semua pada harga mampu milik.
#POCOM7 #BigBatteryBigFun #POCOMalaysia #TechLifestyle #POCOFans