Samsung Perkenal Galaxy Buds3 FE – Rekaan Ikonik, Audio Dipertingkat & Integrasi Galaxy AI


 SEOUL, Korea – 18 Ogos 2025 – Samsung Electronics Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran Galaxy Buds3 FE, ahli terbaru dalam barisan produk Galaxy Buds. Selaras dengan misi Samsung untuk memperluaskan inovasi audio kepada lebih ramai pengguna, Galaxy Buds3 FE direka untuk menawarkan ciri premium pada harga mampu milik. Model terbaru ini membawa lebih ramai pengguna masuk ke dalam ekosistem Galaxy dengan rekaan Blade yang ikonik, prestasi audio dipertingkat, serta sokongan Galaxy AI.

Pengalaman Audio Lebih Hebat

Galaxy Buds3 FE dibangunkan untuk memberikan pengalaman audio yang lebih mengasyikkan. Peningkatan ketara dalam siri Galaxy Buds kali ini memberi fokus kepada ciri utama seperti Active Noise Cancelling (ANC), kualiti panggilan, jangka hayat bateri, keselesaan, dan kawalan pintar.

Dengan speaker lebih besar, Galaxy Buds3 FE menghasilkan bunyi yang lebih kaya, bass yang dalam serta treble yang jelas. Teknologi ANC dipertingkat pula mampu mengurangkan bunyi persekitaran, sekaligus memberikan pengalaman mendengar yang lebih imersif.

Untuk panggilan, Samsung membawakan teknologi Crystal Clear Call yang menggunakan model pembelajaran mesin (machine learning) canggih bagi mengasingkan suara pengguna walaupun dalam suasana bising. Tambahan pula, kedudukan mikrofon telah diubah suai untuk lebih hampir kepada mulut pengguna, menjadikan suara lebih jelas semasa bercakap.

Reka Bentuk Mudah Digunakan

Rekaan Galaxy Buds3 FE memberi penekanan kepada kemudahan kawalan. Pengguna hanya perlu mencubit (pinch) bahagian Blade untuk membuat pilihan atau meleret (swipe) untuk mengawal volum. Sambungan juga lebih mudah dengan butang pairing pada bekas pengecas (cradle), memudahkan peralihan antara peranti Galaxy.

Dengan ciri Auto Switch, Buds3 FE mampu mengesan aktiviti audio dan menukar sambungan secara automatik untuk kesinambungan mendengar di semua peranti Galaxy anda.

Integrasi Galaxy AI

Selain kawalan fizikal, Galaxy Buds3 FE juga disertakan dengan integrasi AI pintar. Pengguna boleh memainkan senarai lagu seterusnya, menyemak jadual harian, atau menterjemah perbualan hanya dengan arahan suara.

Cukup sebut “Hey Google”, Buds3 FE akan mendengar, memahami dan memberikan respons – tanpa perlu skrin atau tangan. Ia dicipta untuk memberi pengalaman yang lebih semula jadi, seolah-olah bercakap dengan seorang rakan.

Untuk fungsi terjemahan, Buds3 FE boleh digandingkan dengan aplikasi Galaxy AI Interpreter pada telefon pintar. Ini membolehkan pengguna mendengar kuliah dalam bahasa asing atau berbual dengan seseorang dalam bahasa berbeza dengan lebih mudah.

Rekaan Blade Ikonik

Rekaan Blade Design pada Galaxy Buds3 FE membawa identiti visual tersendiri dalam barisan Galaxy. Dengan kemasan matte dua tona serta aksen separa telus, ia menampilkan gaya moden yang seimbang – ringkas tetapi penuh ekspresi.

Harga & Ketersediaan di Malaysia

Galaxy Buds3 FE membuka lembaran baru dalam usaha memperluas pengalaman Galaxy. Ia sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi boleh dipercayai, ciri pintar, serta rekaan bergaya pada nilai terbaik. Model ini juga menawarkan integrasi lancar dengan peranti Galaxy lain, termasuk akses pantas terus dari tetapan sistem dan kawalan tanpa aplikasi tambahan.

Galaxy Buds3 FE akan mula tersedia di Malaysia secara berperingkat mulai 19 September 2025.

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Buds3 FE, layari: news.samsung.com/my

Post a Comment

Previous Post Next Post