Redmi 15C Dilancar di Malaysia:Dilengkapi Bateri 6000mAh & Kuasa Seharian


KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 September 2025 — Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran Redmi 15C, sebuah telefon pintar yang direka untuk memberikan kuasa sepanjang hari, hiburan imersif, serta gaya yang moden dalam satu pakej. Dengan bateri besar, paparan luas, dan prestasi berkuasa, Redmi 15C dibina untuk menyokong pengguna sama ada untuk kerja, hiburan, mahupun rutin harian. Kini tersedia di seluruh Malaysia, ia menawarkan pilihan menarik untuk mereka yang mahukan prestasi mantap dengan rekaan bergaya.

Rekaan anggun dengan personaliti berani

Menggabungkan elemen elegan dan praktikal, Redmi 15C hadir dengan badan ultra-nipis 7.99mm serta berat hanya 205g. Profilnya yang ramping menjadikannya selesa digenggam dan mudah dibawa. Telefon pintar ini ditawarkan dalam empat warna menarik: Midnight Black, Mint Green, Moonlight Blue, dan Twilight Orange – setiap satu mencerminkan gaya unik pengguna sambil menambah personaliti dalam kehidupan seharian.

Reka bentuk flat frame dan lengkung empat sisi menambah keselesaan, manakala IP64 kalis percikan & habuk memberi ketahanan tambahan. Dengan teknologi Wet Touch 2.0, skrin tetap berfungsi dengan tepat walaupun tangan basah, berminyak atau bersabun.

Paparan imersif dengan prestasi bertenaga

Redmi 15C dilengkapi paparan 6.9 inci Dot Drop, sesuai untuk menonton, membaca, dan penggunaan harian. Resolusi 1600 x 720 dengan kecerahan 500 nits memastikan paparan jelas dalam pelbagai keadaan cahaya. Ia turut menerima pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light (Software Solution), Circadian Friendly, dan Flicker Free, menjaga keselesaan mata tanpa mengorbankan visual.

Dikuasakan pemproses MediaTek Helio G81 Ultra octa-core bersama Xiaomi HyperOS 2, Redmi 15C memberikan prestasi lancar untuk multitasking dan hiburan. Ia menyokong RAM LPDDR4X dengan teknologi memory extension (sehingga 16GB), storan eMMC 5.1, serta kad microSD tambahan – cukup ruang untuk aplikasi, media dan kenangan.

Untuk gaya hidup moden, bateri 6000mAh (typ) mampu bertahan sehingga 82 jam main muzik atau 22 jam video. Dengan 33W pengecasan pantas, bateri boleh dicas 50% dalam hanya 31 minit. Redmi 15C juga menyokong reverse charging berwayar dan tanpa wayar, membolehkan pengguna mengecas aksesori atau peranti lain terus dari telefon.

Ciri pintar untuk kegunaan harian

Selain prestasi dan paparan hebat, Redmi 15C turut dilengkapi ciri yang memudahkan pengguna. Gabungan AI Face Unlock dan sensor cap jari belakang memberikan akses pantas & selamat.

Dari segi hiburan dan sambungan, ia mengekalkan port 3.5mm audio jack, USB Type-C, dan radio FM. Dengan Dual SIM, Bluetooth 5.1, serta Wi-Fi 2.4/5GHz, pengalaman sambungan lebih lancar dan serba guna.

Sistem dwi-kamera untuk kreativiti

Redmi 15C hadir dengan 50MP AI dwi-kamera bersama 2MP depth sensor – sesuai untuk potret, landskap, atau close-up dengan perincian lebih baik. Ia turut menyokong mod foto seperti Night Mode, Portrait, HDR, dan Time-Lapse.

Kamera hadapan 8MP pula menyokong HDR & Portrait, sesuai untuk selfie jelas dan panggilan video lancar. Kedua-dua kamera hadapan dan belakang menyokong rakaman video 1080p @30fps – ideal untuk fotografi harian mahupun pencipta kandungan media sosial.

Harga & Ketersediaan

Redmi 15C akan mula dijual di Malaysia pada 9 September dalam empat warna: Midnight Black, Mint Green, Moonlight Blue, Twilight Orange.

Harga rasmi:

RM449 (6GB + 128GB)

RM599 (8GB + 256GB)

Boleh didapati di semua kedai rasmi Xiaomi Malaysia, mi.com, Shopee, dan Lazada.

Post a Comment

Previous Post Next Post