PRISM+ Lancar TV Google 4K QD Mini-LED Mampu Milik & Peti Sejuk Boleh Suai Pertama di Malaysia


Kuala Lumpur, 30 September 2025 – PRISM+, jenama terkenal dalam elektronik pengguna dan peralatan rumah, hari ini mengumumkan pelancaran dua barisan produk baharu. Antara yang menjadi tumpuan ialah PRISM+ Siri U 4K QD Mini-LED Google TV – tawaran bernilai terbaik jenama ini dalam kategori paparan premium. Direka untuk memberikan pengalaman sinematik setanding kualiti OLED tanpa harga yang tinggi, PRISM+ menjanjikan prestasi luar biasa pada harga bermula RM2,599 untuk model 55 inci.

Selaras dengan peluasan ke bidang peralatan rumah, PRISM+ turut memperkenalkan Siri PRISM+ Inspire, iaitu peti sejuk pertama di Malaysia yang boleh disesuaikan sepenuhnya. Pelancaran Siri Inspire menandakan komitmen jenama ini terhadap peralatan rumah yang menekankan elemen reka bentuk moden. Selain panel boleh suai, Siri Inspire menampilkan binaan premium dengan panel sesentuh berwarna penuh, mesra pengguna serta pelbagai ciri canggih bagi menjimatkan tenaga dan mengekalkan kesegaran makanan.

Paparan Skrin Besar Tanpa Harga Premium

PRISM+ mentransformasikan hiburan di rumah dengan PRISM+ Siri U 4K QD Mini-LED Google TV – menawarkan visual ultra-terang, warna tepat dan hidup, hitam lebih pekat serta prestasi setaraf panggung wayang. Tersedia dalam saiz 55”, 65”, 75” dan 86”, siri ini membawa inovasi paparan dan bunyi ke tahap baharu pada harga mampu milik.

Paparan Siri U menghasilkan kontras yang menakjubkan dengan bayangan hitam mendalam dan sorotan terang untuk pengalaman menonton yang nyata. Dikuasakan oleh AI 4K Upscaling, setiap babak dipaparkan dengan kejelasan dan perincian luar biasa – tanpa mengira sumber asal video.

Berbeza dengan paparan tradisional, teknologi QD Mini-LED menggunakan sistem lampu belakang ultra-halus digabungkan dengan lapisan Quantum Dot QLED, menghasilkan warna yang lebih tepat dan terang. Menyokong 93% liputan gamut warna DCI-P3, Siri U menawarkan visual kaya dan semula jadi dalam setiap babak.

Setiap TV Siri U QD Mini-LED turut dilengkapi dengan pelbagai ciri sinematik dan permainan generasi baharu seperti Dolby Vision, HDR10+, Filmmaker Mode, Dolby Atmos, serta kadar segar semula 144Hz VRR dengan MEMC Gaming Mode yang disokong oleh 2 port HDMI 2.1, sesuai untuk konsol permainan moden. Dikuasakan oleh Google TV, pengguna mendapat akses ke lebih 5,000 aplikasi seperti Netflix, Disney+, YouTube, Prime Video dan Viu, dengan Chromecast Built-In serta kawalan suara Google Assistant untuk pengalaman hiburan tanpa gangguan.

Ciri Tambahan Siri U:

Sistem bunyi 2.1-channel dengan subwoofer terbina dalam untuk audio mendalam

Integrasi Google Assistant untuk kawalan suara dan sokongan rumah pintar

Chromecast Built-In – penstriman mudah daripada telefon pintar atau komputer riba

Hadiah dan Langganan Percuma dengan Pembelian Siri U:

Model U55, U65, U75

Hadiah percuma bernilai RM337: Papan kekunci PRISM+ K400 (RM199), Pembersih skrin (RM59), Kabel HDMI 2.0 (RM79)

Langganan penstriman bernilai RM801 termasuk:

12 bulan Viu (RM88)

3 bulan mewatch (RM89)

3 bulan Durioo+ (RM39)

12 bulan MYTV Mana-Mana (RM106.40)

Diskaun tambahan RM80 Atome (laman web sahaja)

Waranti tapak 2 tahun percuma (RM399)


Model U86

Langganan penstriman bernilai RM801

Diskaun tambahan RM80 Atome (laman web sahaja)

Waranti tapak 2 tahun percuma (RM399)

Penghantaran & pemasangan percuma (RM349)


Harga Siri U (selepas baucar pratempahan):

Model Saiz Skrin Harga (RM)

PRISM+ U55 55” 2,599

PRISM+ U65 65” 3,599

PRISM+ U75 75” 4,999

PRISM+ U86 86” 7,999


Pratempahan dibuka mulai 3 Oktober 2025 di Shopee dan laman rasmi PRISM+.

Tunjukkan Kreativiti Anda: Peti Sejuk PRISM+ Inspire



Selain inovasi paparan, PRISM+ turut melancarkan Siri Peti Sejuk Inspire – peti sejuk boleh suai pertama di Malaysia yang menggabungkan gaya moden dengan cita rasa peribadi. Siri ini merangkumi dua model:

Inspire SBS 750 Side-by-Side (750L)

Inspire FDR 720 Four-Door (720L)


Setiap peti sejuk boleh disesuaikan dengan panel kaca matte tahan silau, ditawarkan dalam lima warna bergaya – Sky Blue, Pastel Pink, Pastel Beige, Matte White dan Matte Black – agar padan dengan pelbagai tema dekorasi rumah.

Selain reka bentuk elegan, Siri Inspire dilengkapi sistem penyejukan pintar untuk memastikan makanan kekal segar lebih lama. Teknologi Multi-Zone Cooling mengoptimumkan aliran udara dan suhu di setiap ruang, manakala panel Metal Cooling mengekalkan kesejukan walaupun pintu sering dibuka. Penapis karbon anti-bau pula menyingkirkan 99.9% bakteria dan bau, memastikan ruang dalam peti sejuk sentiasa bersih dan segar.


Ciri Tambahan Siri Inspire:

Pemampat inverter – operasi senyap dan jimat tenaga

Sistem True Total No-Frost – elak pembentukan ais

Panel sesentuh berwarna – kawalan mudah dan intuitif

Waranti pemampat 12 tahun – jaminan ketahanan jangka panjang

Harga Siri Inspire (selepas baucar pratempahan):

Model Jenis Kapasiti (L) Harga (RM)

Inspire SBS 750 Side-by-Side 750 2,999

Inspire FDR 720 4-Pintu 720 3,599


Pratempahan dibuka mulai 3 Oktober 2025 di laman rasmi PRISM+.

https://prismplus.my/collections/tvs

https://shopee.com.my/prismplus


Post a Comment

Previous Post Next Post