Heritage Valley KL Lancar Bufet Ramadan Lomak Salai Tampin Bermula RM44 - Sajian Kampung Tradisional di Tengah Kota


KUALA LUMPUR, 12 Februari 2026 – Buat korang yang rindu suasana berbuka puasa ala kampung tapi tak sempat nak balik kampung, Heritage Valley Kuala Lumpur ada berita gembira! Mereka baru je lancarkan Ramadhan Feast Buffet yang pertama kali bekerjasama dengan Lomak Salai Tampin, jenama terkenal dari Negeri Sembilan yang memang terkenal dengan masakan tradisi turun temurun.

Yang bestnya, harga untuk kanak-kanak bermula dari RM44 je, manakala dewasa RM88. Memang berbaloi untuk pengalaman makan yang authentic macam ni.



Sajian Warisan Negeri Sembilan yang Memikat Hati

Kalau korang tanya apa yang istimewa pasal bufet ni, jawapannya adalah masakan masak lemak khas Negeri Sembilan yang memang jarang jumpa kat KL. Menu signature mereka termasuk Daging Salai Masak Lemak – daging yang diasap dengan teknik tradisional dan dimasak dalam kuah lemak cili api yang creamy dan pedas. Memang sedap gila bila makan panas-panas dengan nasi putih!

Satu lagi hidangan yang wajib cuba adalah Siput Sedut Masak Lemak. Bagi yang tak biasa, siput sedut ni sejenis siput lumpur yang teksturnya unik dan bila dimasak lemak, memang buat orang tergila-gilakan. Bau salai yang smoky tu memang buat perut makin berbunyi.



Bukan Setakat Masak Lemak Je

Jangan risau kalau ada ahli keluarga yang tak makan makanan tradisional sangat. Bufet ni ada puluhan hidangan setiap malam! Dari ayam kampung, satay, sampai la macam-macam kuih kampung. Mereka pun sediakan pilihan antarabangsa seperti pasta Itali, soto Betawi dan bakso dari Indonesia, plus makanan Western macam ayam grill dan chicken chop.

Memang ada untuk semua orang, dari yang paling traditional sampai yang suka makan international cuisine.



Suasana Kampung di Tengah Bandar

Yang membuatkan pengalaman berbuka di Heritage Valley lagi special adalah suasana dia yang memang buat korang rasa macam berbuka kat kampung. Mereka dah hias tempat dengan dekorasi kampung-kampung, dan ada live busking performance pulak tu! Memang best untuk bawa keluarga, especially kalau ada budak-budak kecil yang nak rasa suasana Ramadan yang meriah.

Heritage Valley boleh tampung sampai 300 orang sekaligus, dan facilities pun lengkap – ada parking percuma (ni penting sangat kat KL!), surau yang luas, dan suasana yang memang family-friendly.

Pasar Ramadan Setiap Hujung Minggu

Setiap weekend pulak, mereka akan ada Pasar Malam Ramadan dengan gerai-gerai makanan tradisional dan persembahan busking. Macam-macam makanan ada, memang buat korang rasa macam kat pasar Ramadan betul-betul.

Bila masuk Syawal nanti, Heritage Valley ada lagi program-program menarik termasuk Bazaar Raya Poernama Lebaran by Poernama Fest, program menguli dodol cara tradisional, aktiviti menganyam ketupat, dan pelbagai elemen kampung yang dibawa ke tengah bandar. Memang nak hidupkan semula kehangatan Ramadan dan Raya dengan nilai kekeluargaan dan warisan budaya kita.







Maklumat Penting

Tempoh Bufet: 20 Februari – 18 Mac 2026

Waktu Operasi: 6.00 petang – 10.00 malam setiap hari 

Harga: RM88 (Dewasa) | RM44 (Kanak-kanak)

Menurut Idi Iskandar, Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, "Kerjasama dengan Lomak Salai Tampin ni membolehkan kami sajikan pengalaman bufet Ramadan yang authentic dan berkualiti tinggi. Kami nak guests rasa macam berbuka kat kampung, dikelilingi dengan rasa nostalgia dan suasana yang hangat. Hidangan signature Lomak Salai dari Negeri Sembilan ni memang jadi highlight, bersama hidangan Melayu tradisional yang jarang jumpa kat bandar. Kami yakin Heritage Valley akan jadi salah satu destinasi paling ditunggu-tunggu untuk berbuka puasa kat Kuala Lumpur."

Heritage Valley Kuala Lumpur yang mula beroperasi tahun 2025 ni memang dah jadi destinasi lifestyle moden yang menggabungkan makanan, komuniti, seni, dan acara dalam satu tempat. Lebih daripada sekadar tempat makan, ia adalah ruang untuk interaksi, pengalaman, dan peluang ekonomi untuk komuniti bandar.

Booking Sekarang!

Tempahan untuk Ramadhan Feast Buffet dah dibuka. Korang boleh booking online di https://luxeacre.onpay.my/order/form/1, atau hubungi 018-7617688 untuk sebarang pertanyaan. Jangan lepaskan peluang untuk rasa pengalaman berbuka yang special macam ni!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow: Facebook: https://www.facebook.com/klheritagevalley Instagram: https://www.instagram.com/heritagevalleykl


- PakChaq Riq

#HeritageValleyXLomakSalaiTampin #BuffetRamadhan #MaiPekena #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa

Post a Comment

Previous Post Next Post