Tawaran Eksklusif Samsung Wallet: Promosi Beli 1 Percuma 1 di Restoran Murni Discovery untuk Pengguna Galaxy A Series


Siapa yang tidak menggemari suasana meriah di restoran mamak? Ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya Malaysia yang tidak dapat dipisahkan – tempat di mana kenangan manis tercipta, sama ada ketika menonton bola dengan rakan-rakan, meluangkan masa bersama keluarga, atau lokasi pilihan untuk temu janji santai.

Kini, Samsung Electronics membawa berita gembira untuk semua peminat makanan mamak! Dalam usaha untuk memeriahkan lagi pengalaman makan di restoran mamak kegemaran anda, Samsung memperkenalkan tawaran istimewa untuk pengguna Galaxy A Series terpilih melalui Samsung Wallet.

Bermula 8 Januari hingga 7 Februari 2025, nikmati promosi mengujakan Beli 1 Percuma 1 untuk hidangan terpilih di semua cawangan Murni Discovery apabila anda membuat pembayaran menggunakan Samsung Wallet. Bayangkan keseronokan menikmati hidangan kegemaran seperti Maggi Goreng dan Nasi Goreng Biasa bersama rakan atau keluarga dengan tawaran menarik ini!

Proses untuk menikmati hidangan percuma anda sangat mudah. Ikuti langkah-langkah ringkas ini di mana-mana cawangan Murni Discovery:

1. Imbas kod QR yang dipaparkan di meja makan anda

2. Muat turun baucar Beli 1 Percuma 1 melalui aplikasi Samsung Wallet

3. Tunjukkan kod bar baucar kepada kakitangan Murni semasa membuat pesanan, dan diskaun akan dikira dalam bil akhir anda

Yang lebih menarik, anda boleh mengumpul sehingga 40 Mata Ganjaran Samsung untuk setiap transaksi! 

Samsung Wallet bukan sekadar memudahkan pembayaran – ia memberi ganjaran untuk setiap transaksi anda. Kumpul sehingga 2,000 mata setiap bulan, dengan setiap transaksi memberikan jumlah mata yang berbeza bergantung kepada tahap ganjaran anda. Mulakan tahun baru anda dengan pelbagai diskaun menarik dengan menebus baucar dan tawaran dari jenama kegemaran seperti Domino's, Tealive, dan ZUS Coffee menggunakan Samsung Galaxy A Series dan Samsung Wallet anda.

Yang terbaik? Anda boleh menyimpan mata ganjaran anda sehingga tiga tahun untuk mendapatkan rebat yang lebih lumayan untuk produk Samsung terpilih!


Untuk membeli layari pautan dibawah:

Samsung Galaxy A16 5G


- PakChaq Riq

#SamsungElectronics #SamsungMalaysiaElectronics #DoWhatYouCant #Galaxy A165G #SamsungWallet #SamsungRewards #MurniDiscovery #MamuRiqReviews #PakChaqReviews #PakChaqHabaqJa

Post a Comment

Previous Post Next Post